945333_4815301906196_87245312_n

Dato’ Fazley will be at the Kolej Komuniti booth at Festival Belia Putrajaya 2013 at Putrajaya, opposite Bangunan Pinjaman Perumahan, Presint 2, Putrajaya this Sunday 26 May 2013.

Dato’ is the face of Skuad Inspirasi, a campaign promoting Kolej Komuniti courses.

Astro Awani interviews Dato’ Fazley about his new upcoming single.

Dato’ Fazley wishes all teachers and educators a Happy Teacher’s Day via Astro Tutor TV.

Peluang untuk anda Menang Cash Vouchers dari Maybank. Promosi bermula pada 15 Februari 2013 sehingga 30 April 2013. Cuma belanjakan sekurang-kurangnya RM100 dari Maybankard Mastercard Platinum Debit anda sekarang! Hadiah dari maybank untuk 600 orang pemenang.

Dato-Fazley-EDM

Dato-Fazley-EDM-2

Dato-Fazley-EDM-3

Dato-Fazley-EDM-4

Untuk makluman lanjut, boleh ke Maybank atau call 1 800 88 6688 . Jangan lupa untuk terus berhubung di Facebook Maybank dan Twitter @MyMaybank

Pembikinan Video Karaoke Bila April di Dewan Mas, Universiti Utara Malaysia

Dato’ Fazley Yaakob baru sahaja selesai menyiapkan video karaoke Bila April, atas permintaan peminat-peminat yang ramai mengundi lagu “Bila April” sebagai antara lagu terpopular. Video ini akan dimuatkan ke dalam kompilasi Karaoke khas untuk para peminat.

Shooting video karaoke “Bila April’ ini telah dibuat di sekitar Dewan Mas, Universiti Utara Malaysia. Nantikan juga video-video lain yang bakal menyusul.

Sebenarnya Bulan April amat bermakna buat Dato’ Fazley. Dilahirkan pada 18 April, berjumpa dengan isteri pada  1 april di Albert Hall London, mendapat keputusan SPM, mendapat tajaan biasiswa untuk menyambung belajar di New Zealand, Lagu Asmara Ini mula popular dan pelbagai lagi.

 

BILA APRIL (Lagu/Lirik: Fazley Yaakob)

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

 

Sumber gambar : Instagram

gua.com.my | Dhiya Aizat

Industri hiburan akhir-akhir ini meriah dengan kelahiran ramai bintang baru yang kian meningkat naik. Bagi Dato’ Fazley Yaakob yang juga memiliki syarikat produksi sendiri, beliau meletakkan syarat tersendiri bagi seseorang individu untuk bernaung sebagai artis rakaman di syarikat miliknya itu.

“Saya banyak ambil artis yang masih lagi belajar sama ada menuntut dalam diploma mahupun ijazah. Saya mahukan  mereka yang punya aspirasi seperti saya. Kalau nak ikutkan kedua-dua artis di bawah syarikat saya iaitu Zul dan seorang penyanyi wanita dari Acheh juga masih lagi berada dalam pengajian mereka “, jelas Dato’ Fazley lagi.

Menerusi Fazley International Productions (FIPRO), syarikat milik juara Masterchef Selebriti Malaysia itu juga menawarkan khidmat nasihat termasuklah guaman dan motivasi kepada anak seni yang ingin meneruskan perjalanan dalam bidang seni yang ternyata penuh dengan liku-liku tersendiri. Terbaru, FIPRO sedang dalam proses perbincangan untuk mengambil seorang penyanyi wanita dari Perancis, bernaung di bawah syarikat berkenaan.

Sementara itu, bakat dan minat ayah kepada dua anak ini dalam bidang masakan juga dikembangkan lagi apabila beliau meneruskan pengajian pengkhususan dalam penghasilan pastri di sebuah akademi masakan tersohor Perancis, ‘Le Cordon Bleu’ yang mempunyai cawangan di Sunway.

Baru sahaja selesai peperiksaan akhir di akademi tersebut, beliau turut ditanya sama ada mempunyai rancangan untuk membuka restoran miliknya sendiri. Punya strategi tersendiri, beliau bijak menyusun atur perancangan karier kulinarinya itu.

“Sebenarnya saya banyak letak resipi saya di beberapa buah restoran termasuklah untuk rangkaian kedai milik Linda Onn iaitu My Mom’s Chicken Rice. Selain itu, saya juga sediakan resipi untuk Cyberview Resort & Spa. Insya-Allah, satu restoran makanan barat juga akan dibuka di Wangsa Walk. Sekarang saya dalam proses akhir menentukan menu bagi sebuah restoran masakan Negeri Sembilan yang akan dibuka di Perth, Australia tak lama lagi,” tambahnya yang akan turut ke Auckland, New Zealand dan Jakarta, Indonesia bagi menjayakan demo masakan.

Menyentuh mengenai komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang suami, Fazley tidak sanggup berpisah lama dengan anak-anak. Maka beliau kebiasaannya akan membawa bersama anak dan isteri tercinta mengikuti segala aktiviti kerjayanya. Ikatan kemesraan yang dibina antara ayah dan anak jelas terpancar apabila anaknya juga masih tidur bersamanya.

Dato’ Fazley bakal menjayakan slot motivasi di radio Era.FM selama setahun menggantikan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Beliau bertuah kerana walaupun seringkali dijemput menjayakan program motivasi dan demonstrasi masakan, nyanyian tetap menjadi permintaan peminatnya yang tersayang.

“Kebiasaannya mereka akan ambil saya sebab saya datang dalam bentuk pakej. Mereka tak perlu dah panggil penyanyi lain. Sambil saya memasak, saya akan selitkan dengan nyanyian dan sesi motivasi. Dalam masa yang sama saya masih menyambung pengajian doktor falsafah (PHD) saya dalam bidang psikologi,”tambah penyanyi yang pernah digelar ‘Abang Asmara’ satu ketika dahulu.

“Kalau dahulu, saya banyak beri motivasi buat golongan remaja dan pelajar sekolah, sekarang skop saya lebih luas. Daripada keluarga sehinggalah ke badan-badan korporat, saya banyak mendapat jemputan daripada mereka. Malah ada di antara mereka datang dari kalangan kaum bukan Melayu seperti India dan Cina. Kalau nak cakap tentang hal rumah tangga pula, saya dah berjaya selamatkan 23 pasangan suami isteri yang mempunyai masalah dari memilih jalan perceraian,” ujar Fazley.

Menyentuh mengenai jadualnya yang padat tahun ini, jelas sekali lakonan bukanlah menjadi prioriti beliau. Mengakui ada menerima beberapa tawaran untuk membintangi filem dan drama bersiri, Dato’ Fazley terpaksa mengetepikan semua itu kerana sudah mempunyai rencana lain termasuklah mengacarakan program masakan bersempena bulan Ramadhan dan Syawal bersama Astro.

sumber : gua.com.my

Gua.com.my |   Dhiya Aizat

Setelah empat tahun tidak muncul dengan album solo, penyanyi yang juga pakar motivasi terkemuka Dato’ Fazley Yaakob bakal tampil dengan album terbaru April ini. Album kelima beliau ini bakal memuatkan lapan buah lagu termasuklah beberapa single yang pernah dihasilkan beliau dalam tempoh dua tahun ini. Menampilkan nama-nama besar seperti Ajai, Azlan Abu Hassan, Cat Farish, Mode Ruffedge, Imran Ajmain dan dirinya sendiri. Album ini bakal dijadikan hadiah istimewa buat peminat yang merindui kemunculannya.

“Saya masih lagi menyanyi walaupun dah lama tidak muncul dengan sebarang album. Sepanjang  empat tahun ini, saya masih dijemput membuat persembahan nyanyian untuk majlis makan malam. Paling kurang, dua kali seminggu. Tawaran itu ada kerana saya boleh menyanyikan lagu berbahasa lain seperti Sepanyol dan Kantonis,” ulas Dato’ Fazley.

Menurut Dato’ Fazley lagi, penghasilan album terbaru beliau ini juga sebenarnya bertitik-tolak dari maklum balas yang diterimanya dari peminat rata-rata yang inginkan produk terbaru daripadanya. Tambahan pula, formula menghasilkan single terlebih dahulu kemudiannya digabungkan dalam satu album dilihat sebagai satu strategi pemasaran yang sesuai dengan kehendak pasaran muzik ketika ini.

“Kalau nak ikut penjualan album, saya memang tak letak harapan tinggi sangat. Cuma dari segi pembelian khidmat ‘Ring Back Tones’, single saya sebelum ini mendapat langganan yang memuaskan dari peminat. Jadi untuk album terbaru ini, mungkin penjualan ‘RBT’ yang akan banyak membantu.”

Dato’ Fazley ditemui di Redbox The Gardens selepas melancarkan muzik video single terbaru beliau iaitu ‘Maaf Aku Mencintaimu’. Diarahkan oleh Imran Ajmain, lagu hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik nukilan Fazley sendiri ini menjalani pengambaran di lebih lima buah negeri. Mendengarkan variasi lokasi tersebut, GUA sempat bertanyakan kos pembikinan muzik video ini.

“Kalau nak ikutkan bajet untuk buat klip video ini tak adalah mahal sangat. Setiap kali saya pergi menghadiri motivasi di kawasan luar, saya ambil kesempatan untuk rakam sekali beberapa moment untuk saya gabungkan agar ia jadi seperti satu perjalanan karier saya, yang kemudiannya dimasukkan dalam muzik video ini. Lebih jimat sebab kita tak pergi satu tempat hanya untuk ‘shooting’ sebaliknya ada tujuan lain juga,” ujar Dato’ Fazley yang turut mengakui lirik lagu ini ada kaitan dengan pengalamannya bercinta satu ketika dahulu.

Salah seorang rakan Dato’ Fazley di dalam Masterchef Selebriti iaitu Soo Wincci juga turut terlibat dalam muzik video yang dianggarkan bernilai RM 20,000 ini. Menariknya, Soo Wincci tidak mahu menerima sebarang bayaran darinya kerana berhasrat mahu menolong rakannya itu dengan ikhlas.  Wincci sanggup pulang ke tanahair dari Taiwan semata-mata untuk menjayakan projek berkenaan.

“Sebenarnya idea untuk tampilkan Wincci dalam klip video ini adalah setelah membaca komen-komen nakal peminat di laman sosial. Mereka pelik kenapa kami rapat sangat. Memang benar Wincci selalu keluar masuk rumah saya. Itu pun tanpa ketiadaan saya. Dia selalu datang rumah saya untuk bakar kek bersama isteri saya. Jadi bila timbul cerita-cerita nakal ini, saya pun reka cerita yang saya kahwin dengan Wincci dalam cerita klip video ini,”seloroh Dato’ Fazley.

Muzik video terbaru pelantun ‘Bila April’ ini sudah pun dimuat naik ke laman sesawang YouTube dua hari yang lepas dan dikhabarkan mendapat maklum balas positif dari mereka yang menontonnya. Selain itu, ‘kaki karaoke’ juga sudah mula boleh menyanyikan lagu terbarunya ini di semua cawangan Redbox.

sumber : gua.com.my

Teks oleh Kheme Rosly

KUALA LUMPUR, 20 MAC 2013: Kesibukan dan jadual yang padat tidak membataskan Dato’ Fazley untuk terus berkarya dan mengilhamkan lagu baru yang sejak dahulu menjadi minat utamanya dalam bidang seni. Walaupun dikenali dengan pelbagai profesion, Dato’ Fazley tetap mengganggap dunia nyanyian adalah jiwanya.

Tampil dengan sebuah single baru ‘Maaf Aku Mencintaimu’ yang menampilkan Dato’ Fazley sendiri sebagai penyanyi dan penulis lirik manakala Azlan Abu Hassan bertindak sebagai pencipta lagu. Lirik yang penuh puitis ini difahamkan ada mempunyai perkaitan dengan kisah cinta Dato’ Fazley sendiri suatu ketika dulu.

Majlis pelancaran klip video Maaf Aku Mencintaimu ini telah berlangsung di Red Box, The Gardens Mall, Kuala Lumpur dimana ia juga hadir dalam bentuk klip video karaoke bagi peminat yang ingin menyanyikan lagu ini. Single ini adalah yang kedua selepas Jaga-Jaga yang diterbitkan awal tahun ini.

“Buat masa ini saya menggunakan formula yang digunakan ramai penyanyi di negara kita dengan menerbitkan single dahulu dan jika ia mendapat sambutan baru semuanya dikumpulkan menjadi sebuah album penuh,”ujarnya apabila diajukan mengenai album terbarunya kelak.

Penggambaran video klip ini telah dibuat di beberapa lokasi di seluruh negara termasuklah Kota Kinabalu dan Miri selain Port Dickson, Cameron Highlands dan sekitar Kuala Lumpur. Namun Dato’ Fazley menjelaskan ia sebenarnya lebih menjimatkan kos bagi dirinya.

“Sebenarnya semua lokasi tersebut adalah lokasi yang sama saya dijemput memberikan ceramah motivasi dan pelbagai lagi aktiviti. Jadi dikesempatan itu saya mengambil peluang untuk membuat penggambaran bagi video kip ini.

“Kos pula tidak sampai RM20,000 kerana jika anda perasan saya mengambil khidmat Soo Wincci sebagai model yang kini sedang menetap di Taiwan. Jadi kami telah menyediakan kos untuk membawanya pulang, namun Soo Wincci enggan menerima bayaran kerana dia menolong atas dasar kawan.

“Saya telah jimat kos disitu. Tujuan saya memilih Soo Wincci pula disebabkan cakap-cakap orang yang mengatakan kami mempunyai hubungan lebih daripada kawan. Ada juga yang cakap dia sering datang kerumah saya. Memang benar sebab dia dan isteri saya mempunyai hobi yang sama iaitu membuat kek.

“Jadi saya sengaja menggunakan kesempatan ini untuk ‘memulangkan paku buah keras’ kepada mereka yang bercakap mengenai hal ini,”ujarnya yang menjelaskan bahawa dia dan Soo Wincci memang rapat sejak dari Masterchef Selebriti lagi.

 

sumber: murai.com

Music Video single terbaru Dato Fazley Yaakob “Maaf Ku Mencintaimu” kini hangat dipertontonkan di YouTube. Bagi anda yang meminati penyanyi, pelakon dan tukang masak selebriti ini, sila layari alamat url di bawah.

You Tube: http://www.youtube.com/watch?v=G5EZbvgE7dw ITunes: https://itunes.apple.com/us/album/maaf-ku-mencintai-mu-single/id581861341

sumber : My Artis

oleh Aida Sue

Para peminat juara Masterchef Selebriti Malaysia pastinya ternanti-nanti buah tangan terbaru Dato’ Fazley Yaakob kan? Haaa, korang boleh layan video muzik lagu single terbaru Dato’ Fazley Yaakob yang bertajuk “Maaf Ku Mencintaimu” ini. Lagu ini adalah ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik indahnya adalah hasil tulisan Dato’ sendiri tau.

Yang menariknya, kawan baik Dato’ Fazley iaitu Soo Winci telah berlakon dalam muzik video ini okay.. Siap jadi kekasih hati Dato’ lagi..

Jom layan video muzik Maafku Mencintaimu

Lirik :

Maaf

Jika ku terlalu selesa

Maafkanlah Jika tak mampu berpisah

 

Telahku cuba, terseksa Tak terdaya, terasa

Bukan memaksa

Bukan juga ku meminta 

 

Maaf

Jika cintaku takkan mati

MaafkanlahJika aku takkan pergi

Takku mampu berhenti

Takku izin simpati

Hanya mengerti, 

Hanya kau utuh di hati

 

Andai bisa ku ingin jadi air mata

Terbit di mata matiku di bibir

Walau cuma seketika

Bersamanya

Namun hingga hujung nyawaku 

Mencintanya

 

Maaf

Jika ku semakin setia

Maafkanlah

Jika kau takkan ku lupa

Telah ku pinta, biarlah

Tak berubah hatinya

Maafkan kerana

Benar aku amat cinta

sumber : wanista.com

Facebook